Assalamualaikum dan salam sejahtera buat
semua pembaca. Anda sihat, buah hati sihat? bagaimana dengan hubungan kalian?
Ramai
lelaki yang bingung bila kekasih hati mereka kerap marah-marah. Apa puncanya,
apa yang kurang dan apa yang buat wanita sentiasa tak berpuas hati, itu yang
mereka soalkan. Jom kita singkap mengapakah wanita kerap marah-marah terhadap
pasangan mereka.
1.Ingin
perhatian-Kadang kala wanita hanya inginkan perhatian dari pasangannya. Jika
anda perasan ada sedikit kelemahan lelaki bila mana mereka selalu menjawab atau
membalas text kekasih mereka dengan sikap sambil lewa atau ala kadar.
Mungkin
pada masa itu anda busy atau sedang buat kerja lain. Sebab itu jawapan anda
cuba “Makan apa?” , “Awak sht?”, ”ok”,”kenapa?”. Mereka menaip berjela
panjang sedangkan anda jawab cuma beberapa huruf sahaja. Sebab itulah
wanita mula rasa terabai dan tak dipedulikan. Akibatnya mereka mula marah-marah
terhadap kalian wahai kaum Adam.
2.Bendera nak naik-haa, ini satu lagi kes.
Ramai yang salah sangka ingat wanita ni mood macam air laut asik berubah kata
mereka. Sebenarnya mood wanita ni bukan berubah sangat pun, cuma bila mereka
nak datang bulan tu mereka alami perubahan hormon yang buat diri mereka kurang
selesa, ada yang sakit, perit dan ada yang pening kepala juga. Sebab itulah
dalam mengawal kesakitan dan ketidak selesaan itu secara tak sengaja mereka ter
marah-marah…hehe
3.Tegas-Kadang
kala sikap wanita yang tegas dan bercakap dalam nada yang mendatar menampakkan
mereka garang dan marah. Sebenarnya itu tanda wanita tegas dalam membuat
keputusan dan pendirian mereka.
Buat
kaum lelaki, jangan mudah salah sangka pada emosi wanita yang kerap berubah.
Mereka marah bukan bermakna mereka membenci. Buka bererti mereka tak sayang
atau tak menghargai kasih sayang dan perhatian kalian. Cuma kadang kala keadaan
diri tidak memberi keizinan untuk mereka ceria sentiasa bersama insan yang
mereka cinta.

No comments:
Post a Comment