Sunday, 15 September 2013

Fakta Menarik Tentang Lelaki

1. Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.

2. Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.

3. Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.

4. Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.

5. Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.

6. Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.

7. Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.

8. Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.

9. Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian terus melupakan mereka.

10. Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.

11. Lelaki juga akan menangis.

12. Lelaki akan lebih untuk berusaha memikat wanita yang menolak cinta mereka, ini adalah kerana mereka sukar untuk menerima kekalahan.

13. Jangan sesekali memberikan mereka mesej tergantung seperti “Ada sesuatu nk bgtau awak ni…. erm… tapi takpela”. Mereka akan membuat seribu satu andaian dan akan berusaha untuk mendapatkan jawapan.

14. Lelaki akan teruja apabila mendapat sentuhan yang tidak diduga.

15. Lelaki akan menjadi gagap apabila bercakap dengan wanita yang mereka suka.

16. Apabila wanita menyatakan tidak, hati lelaki akan menyatakan ‘ok…. takpe…. cuba lagi esok..’

17. Lelaki amat sayang ibu mereka.

18. Lelaki sanggup mengorbankan makan tengahari mereka semata-mata ingin memberikan wanita beberapa kuntum bunga ros.

19. Lelaki amat sukar untuk difahami melainkan korang seorang pendengar yang setia.

20. Adalah lebih baik korang menguji seorang lelaki itu terlebih dahulu sebelum mempercayainya. Tetapi, pastikan ia tidak mengambil masa yang terlalu lama.

21. Lelaki lebih bersikap terbuka untuk menceritakan hal peribadi mereka.

22. Lelaki amat suka apabila wanita yang menentukan pemakaian mereka.

23. Lelaki tidak suka kekasih mereka mempunyai hubungan dengan orang lain terutamanya kawan lelaki.

24. Apabila lelaki membelikan hadiah kepada wanita, mereka amat risau sekiranya hadiah yang mereka berikan tidak disukai.

25. Lelaki lebih banyak berfikir.

26. Imaginasi lelaki tiada had. Mereka mampu untuk membayangkan apa sahaja.

27. Ketinggian wanita adalah tidak penting, apa yang lebih penting adalah berat mereka.

28. Sukar untuk lelaki melepaskan kekasih mereka terutama apabila sudah bercinta melebihi 3 tahun.

29. Lelaki tidak sukakan wanita yang materialistik.

30. Lelaki memiliki semangat yang kuat untuk berubah dan ianya perlu sokongan yang kuat daripada kekasih mereka.

31. Apabila lelaki menceritakan sesuatu yang serius, berikan perhatian yang sepenuhnya. Ia amat penting.

32. Lelaki lebih gemarkan wanita yang pandai memasak.

33. Jangan sombong, kerana ia akan membuatkan lelaki berusaha untuk memalukan anda.

34. Lelaki belajar mengenai cinta melalui pengalaman, bukan seperti wanita yang belajar mengenai cinta melalui novel yang mereka baca.

35. Lelaki paling tidak suka kekasih mereka keluar bersama lelaki lain berdua walaupun hubungan mereka hanya sekadar kawan.

36. Lelaki akan memaafkan kesalahan yang pertama dibuat, tetapi bukan untuk kesalahan yang kedua.


37. Lelaki tidak suka wanita yang terlampau mengada-ngada.

Kenapa Wanita Suka Marah-Marah?


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca. Anda sihat, buah hati sihat? bagaimana dengan hubungan kalian?
Ramai lelaki yang bingung bila kekasih hati mereka kerap marah-marah. Apa puncanya, apa yang kurang dan apa yang buat wanita sentiasa tak berpuas hati, itu yang mereka soalkan. Jom kita singkap mengapakah wanita kerap marah-marah terhadap pasangan mereka.
1.Ingin perhatian-Kadang kala wanita hanya inginkan perhatian dari pasangannya. Jika anda perasan ada sedikit kelemahan lelaki bila mana mereka selalu menjawab atau membalas text kekasih mereka dengan sikap sambil lewa atau ala kadar.
Mungkin pada masa itu anda busy atau sedang buat kerja lain. Sebab itu jawapan anda cuba “Makan apa?” , “Awak sht?”,  ”ok”,”kenapa?”. Mereka menaip berjela panjang sedangkan anda jawab cuma beberapa huruf  sahaja. Sebab itulah wanita mula rasa terabai dan tak dipedulikan. Akibatnya mereka mula marah-marah terhadap kalian wahai kaum Adam.
2.Bendera nak naik-haa, ini satu lagi kes. Ramai yang salah sangka ingat wanita ni mood macam air laut asik berubah kata mereka. Sebenarnya mood wanita ni bukan berubah sangat pun, cuma bila mereka nak datang bulan tu mereka alami perubahan hormon yang buat diri mereka kurang selesa, ada yang sakit, perit dan ada yang pening kepala juga. Sebab itulah dalam mengawal kesakitan dan ketidak selesaan itu secara tak sengaja mereka ter marah-marah…hehe
3.Tegas-Kadang kala sikap wanita yang tegas dan bercakap dalam nada yang mendatar menampakkan mereka garang dan marah. Sebenarnya itu tanda wanita tegas dalam membuat keputusan dan pendirian mereka.


Buat kaum lelaki, jangan mudah salah sangka pada emosi wanita yang kerap berubah. Mereka marah bukan bermakna mereka membenci. Buka bererti mereka tak sayang atau tak menghargai kasih sayang dan perhatian kalian. Cuma kadang kala keadaan diri tidak memberi keizinan untuk mereka ceria sentiasa bersama insan yang mereka cinta.